Mengaku adakan seks bertiga, isteri tiduri Ivana sebelum model remaja itu ditemui mati - Randau Sarawak

Breaking

Monday, April 2, 2018

Mengaku adakan seks bertiga, isteri tiduri Ivana sebelum model remaja itu ditemui mati


Sepasang suami isteri mengaku mengadakan hubungan seks secara bertiga dengan model warga Belanda, Ivana Smit, 18, yang kemudiannya ditemui mati akibat terjatuh dari tingkat 20 sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 7 Disember lalu.

Pasangan suami isteri itu, Alexander Amado Johnson, 44, dan Luna Almaz, 31, dalam satu wawancara bersama portal The Mail on Sunday (MoS) turut mengaku mereka bertiga banyak meminum arak selain mendakwa Ivana mengambil dadah.

“Kejadian ni adalah satu pengajaran bagaimana dakwaan palsu dan berita palsu hampir memusnahkan (kehidupan) orang,” dakwa Johnson dalam temu bual itu.

Dia juga menunjukkan paparan beberapa ugutan ancaman bunuh yang diterimanya kepada MoS sejak kematian model itu yang didakwa sebagai satu pembunuhan termasuk ugutan cuba menculik anak perempuannya yang berumur 5 tahun.

No comments:

Post a Comment