Mayat lelaki ditemui di tebing sungai, tangan tinggal tulang - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, April 3, 2018

Mayat lelaki ditemui di tebing sungai, tangan tinggal tulang


Seorang lelaki warga emas tempatan ditemui mati dalam keadaan tertiarap berhampiran tebing Sungai Padas, Kampung Bakalau di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.50 petang tersebut, mayat mangsa, Yen Ket Fah @Peter, 66, dijumpai selepas seorang penduduk kampung terhidu bau busuk dari arah sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superitendan Azmir Abd. Razak berkata, ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan tertiarap, berpakaian lengkap dan memakai stoking tetapi tidak berkasut.

"Hasil pemeriksaan ke atas tubuh lelaki itu tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah.

"Bagaimanapun, bahagian rusuk kanannya berlubang manakala tangan kanan hanya tinggal tulang dipercayai dimakan haiwan," katanya hari ini.

Tambah Azmir, berdasarkan pemeriksaan pada fizikal lelaki terbabit mangsa disyaki meninggal dunia dalam tempoh antara tiga hingga empat hari.

"Mayat seterusnya dihantar ke Hospital Beaufort untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," jelasnya.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment