Mat Sabu Dilarang Ke Sarawak - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, April 4, 2018

Mat Sabu Dilarang Ke Sarawak


Presiden Amanah itu diarah menaiki penerbangan seterusnya pulang, selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 9.30 pagi tadi.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu hari ini dilarang menjejakkan kaki ke Sarawak, sejurus beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pagi ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dijadualkan mengadakan mesyuarat dengan pemimpin Amanah Sarawak bagi membincangkan persiapan untuk pilihan raya umum ke-14.

Ahli politik veteran itu memberitahu , beliau pada mulanya bercadang berada di Sarawak selama beberapa jam sebelum pulang petang ini.

“Ini pelik,” katanya ketika menunggu penerbangan pulang di ruang menunggu lapangan terbang.

“Kita boleh menjelajah ke seluruh dunia, tetapi bukan di negara sendiri. Saya tidak tahu kenapa dasar ini masih diamalkan.”

Bekas pemimpin PAS itu mempersoalkan larangan itu dengan berkata, beliau tidak menghadapi masalah ketika ke Miri dan Bintulu, minggu lalu.

“Politik bukan satu jenayah. Saya terkejut,” katanya.

Mat Sabu pernah dilarang ke Sarawak pada 22 Mac 2016 untuk berkempen bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Sarawak juga pernah menafikan kemasukan pemimpin pembangkang dan aktivis lain sebelum ini.

Pada 2016, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dihalang oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Miri.

Pemimpin lain termasuk ahli politik Sabah, Ketua pembangkang Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan, bekas pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan, pensyarah Ridhuan Tee Abdullah, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan aktivis PSM, KS Bawani.

No comments:

Post a Comment