Manifesto Orang Muda tepat pada waktunya - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, April 11, 2018

Manifesto Orang Muda tepat pada waktunya


Manifesto Jaminan Orang Muda (JOM) yang diumumkan semalam, disifatkan sebagai tepat pada waktunya dan menampilkan kelainan daripada manifesto ditawarkan pihak pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya menyambut baik di atas pembentangan JOM kerana memberi pertimbangan kepada orang muda dengan tawaran yang jelas kepada golongan itu.

"BN sememangnya prihatin dan mengambil berat soal orang muda, tidak seperti pembangkang, dalam manifesto mereka tiada langsung (soal orang muda)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis menandatangani kontrak program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Pelancaran JOM yang bertemakan Bersama, Kita Hebatkan Orang Muda disempurnakan Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Manifesto itu menggariskan lapan jaminan yang menyentuh aspek kehidupan, sosial dan kewangan.

Antara jaminan ditawarkan termasuk membantu orang muda melangsungkan perkahwinan, menyediakan dana ADAM50 untuk setiap kelahiran bayi, memastikan mereka mendapat pekerjaan dalam masa enam bulan selepas mendaftar.

Dalam manifesto itu juga terkandung janji Pemuda BN untuk menambah baik struktur gaji bagi anak muda, melahirkan lebih banyak usahawan muda, menyediakan Pas Bulanan Transformasi Nasional 2050 (TN50), serta memberi bantuan kepada semua segmen belia termasuk orang kurang upaya, belia orang Asli, dan bekas banduan juvana.

No comments:

Post a Comment