Lo Khere Chiang bakal ke Parlimen Stampin? - Randau Sarawak

Breaking

Friday, April 20, 2018

Lo Khere Chiang bakal ke Parlimen Stampin?



Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang, Lo Khere Chiang sudah hampir pasti menjadi calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Stampin. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Patinggi Abang Johari memberi bayangan itu semalam, sambil menyifatkan sosok jurutera itu sebagai seorang yang tahu akan budaya Sarawak.

“Dia suka baju Melayu teluk belanga ketika pergi ke kawasan kita…walaupun belum potonglah!” selorohnya.

Khere Chiang katanya, sentiasa bersama dan disenangi rakyat Bumiputera di kawasan Stampin.
“Jadi kita perlu sokongkan YB Lo ini.

“Mudah-mudahan terus ke jerayalah. Saya sik tauk bertanding atau sik bertanding YB Lo tok. Tapi bayanganya ada.

“Kalau ada bayangan itu, tauk retilah kitak,” tambahnya lagi.

Kelibat Khere Chiang yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan ini mula dicanang sejak beberapa bulan lalu sebagai calon berpotensi yang disenangi rakyat di kawasan tersebut.

“Jiwanya jiwa rakyat. Dia masuk semua tempat dan layan semua tetamu.

“Dan yang paling penting, adalah sikapnya yang bersederhana,” jelas seorang penduduk kampung yang ditemui semalam.

Kerusi itu sebelum ini pernah menjadi kubu BN-SUPP, menerusi Datuk Yong Khoon Seng (1999-2013).

Namun pada 2013, calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), Julian Tan memperoleh 41,663 undi untuk merampas kerusi tersebut, manakala Khoon Seng yang sekadar membawa pulang 22,993 undi.
Lina Soo yang turut bertanding atas tiket STAR, pula hilang deposit dengan 239 undi.

Difahamkan, pucuk pimpinan BN yakin Khere Chiang dapat merampas kembali kerusi tersebut apatah lagi berdasarkan prestasi sambutan rakyat di kawasan itu terhadapnya pada Pilihan Raya Negeri lalu.

Pada PRN Sarawak 2016, Khere Chiang yang bertanding di kerusi Dun Batu Kitang mencatat 6,466 undi untuk ‘memanggang’ ayam sabung Chieng Jen, Abdul Aziz Isa yang sekadar mengutip 4,626 undi.

Dun Batu Kawa yang pernah menjadi kubu kuat DAP pula menyaksikan Profesor Datuk Dr Sim Kui Hian menang apabila memperoleh 6,414 undi, untuk mengetepikan penyandang Christina Chiew yang memperoleh 4,329 undi.

Di kerusi Kota Sentosa, Chong Chieng Jen menang 2,819 undi daripada Wilfred Yap.

Justeru ketika ini, jelas BN memiliki kelebihan yang memihak untuk merampas kembali kerusi tersebut.

Tinggal lagi, beranikah Chong Chieng Jen bertanding di Parlimen Stampin? Atau mahu nyenyak tidur di Parlimen Bandar Kuching. –Sarawakvoice

No comments:

Post a Comment