Lebih 50 petugas media 'berkampung'


PUTRAJAYA: Lebih 50 wartawan dan jurugambar dari pelbagai agensi berita dan media berkumpul di luar pintu masuk utama ke Bangunan Perdana Putra, Presint 1, di sini bagi mengikuti perkembangan pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dijangka tengah hari ini.

Difahamkan, pengumuman itu akan disiarkan secara langsung menerusi RTM antara jam 11.30 pagi hingga 12 tengah hari ini.
BH


Facebook Comment