Kucing dibunuh kejam sebelum dijadikan juadah - Randau Sarawak

Breaking

Friday, April 6, 2018

Kucing dibunuh kejam sebelum dijadikan juadah


Sering kita dengar tentang isu kekejaman yang dilakukan manusia yang tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan yang tidak berdosa seperti kucing sejak akhir-akhir ini.

Belum reda panas hati terhadap isu penjualan daging kucing oleh pendatang asing di Malaysia baru-baru ini, kini rakyat di negara ini didedahkan pula tentang cara paling kejam membunuh haiwan berkenaan sebelum dimasak untuk dijadikan santapan.

Perkara ini didedahkan Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi laman Facebook mereka pada Selasa.

Pelbagai cara kejam yang dilakukan oleh pendatang asing dari Vietnam ke negara ini untuk mematikan haiwan sebelum menjadi santapan buat mereka.

Menurut entri yang ditulis, MAA berkata antara cara yang dilakukan pendatang asing itu adalah dengan melayur dengan api, merendam di dalam air panas yang mendidih dan mengetuk kepala haiwan berkenaan dengan sesuatu benda yang keras sehingga mati

Namun, punca sebenar di sebalik perlakuan kejam terhadap haiwan-haiwan berkenaan sebelum dijadikan juadah masih belum diketahui.

Pada Ahad dan Isnin lalu, MAA telah mendedahkan tentang isu penjualan daging anjing dan kucing oleh beberapa warga Vietnam kepada warga senegara mereka di Johor Bahru dan Selangor.

Penjualan daging anjing oleh sepasang suami isteri warga Vietnam dipromosikan secara terbuka menerusi iklan di laman Facebook mereka di Johor Bahru, manakala penjualan daging kucing oleh beberapa warga Vietnam dilakukan di lokasi tersembunyi di Selangor.

No comments:

Post a Comment