KUCHING BAKAL JADI HUB PENERBANGAN TAMBANG MURAH DI RANTAU ASIA DENGAN TERBINANYA LCCT DI SARAWAK - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, April 12, 2018

KUCHING BAKAL JADI HUB PENERBANGAN TAMBANG MURAH DI RANTAU ASIA DENGAN TERBINANYA LCCT DI SARAWAK



Pengumuman khabar baik pembinaan sistem transit aliran ringan (LRT) baru-baru ini oleh Kerajaan Negeri Sarawak telah membawa senyuman kepada rakyat Sarawak yang akan memiliki sistem pengangkutan LRT tersendiri.

Bukan setakat membina LRT di Sarawak, Kerajaan Negeri Sarawak juga sentiasa berpandangan jauh dan mahu ke hadapan bagi memantapkan sistem pengangkutan awam di negeri Sarawak agar ianya lebih berkesan dan memudahkan pergerakan rakyat Sarawak serta merancakkan lagi ekonomi Sarawak.

Kerajaan Negeri Sarawak juga mahu menjadikan Kuching sebagai hab penerbangan murah di rantau ini dengan kerjasama AirAsia dan bercadang untuk membina Lapangan Terbang Kos Murah (LCCT) di Sarawak.

Perkara ini turut disokong oleh Tony Fernandes yang memberitahu, pihaknya telah mengadakan rundingan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri berhubung cadangan pembinaan LCCT di Kuching, malah syarikatnya itu juga sudah menyiapkan reka bentuk lapangan terbang berkenaan.

AirAsia cukup yakin pembinaan LCCT di Kuching akan membolehkan bandar raya ini menjadi hab penerbangan di rantau Asia terutama melibatkan kemasukan pelancong dari Australia, Taiwan dan China, di samping membantu pihaknya merendahkan harga tambang penerbangan.

Sarawak merupakan lokasi yang strategik kerana boleh menjadi hab persinggahan pelancong dari Australia ke Dubai atau China, Korea dan Jepun.

Sarawak bakal mempunyai Lapangan Terbang Kos Rendah apabila kerajaan negeri bersetuju mempertimbangkan cadangan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad untuk bekerjasama membina kemudahan tersebut.

Kerajaan Negeri sedang meneliti keuntungan bakal diperoleh jika cadangan itu dilaksanakan. Sudah pasti rakyat Sarawak akan bersetuju dan memberi sokongan padu kepada Kerajaan Negeri untuk membina LCCT di Sarawak bagi menjana ekonomi dan pelancongan Sarawak.

No comments:

Post a Comment