Krisis Air Selangor: Dulu kata Langat 2 tak perlu, sekarang minta salurkan air walaupun separuh siap

Kenyataan Azmin Ali di DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Shah Alam, 21 November 2012

"Mungkin ada keperluan untuk pembinaan Langat 2 10 tahun yang akan datang ataupun 15 tahun (tahun 2022 ataupun tahun 2027) yang akan datang. Tetapi jangan digunakan alasan Langat 2 itu untuk mendesak Kerajaan Negeri memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air.

Di mana keperluan untuk membina Langat 2 pada hari ini? Kecuali ada alasan-alasan lain bagi kepentingan kroni." kata Azmin Ali.
----

Dulu Azmin kata tak perlu bina loji air Langat 2 kecuali pada tahun 2022 ataupun tahun 2027.

Nasib baik Tan Sri Khalid cepat-cepat tandatangan perjanjian utama penstrukturan semula air dengan kerajaan pusat untuk membenarkan pembinaan loji air Langat 2 walaupun pada masa itu, PKR dan DAP masih bertegas tidak memerlukan Langat 2 dan menuduh TS Khalid mengkhianati mereka.

Tetapi hari ini Azmin tuduh kerjaan pusat tak membenarkan Langat 2 yang hanya separuh siap membekalkan air kepada Selangor dengan alasan Selangor kini sangat memerlukan bekalan air dari Langat 2.

Hanya dua minggu lepas sahaja, Selangor kata rizab bekalan air mereka cukup dan bukan 0% seperti yang dilaporkan oleh kerajaan pusat. Kini Azmin pula terdesak sangat untuk mendapat bekalan air dari Langat 2 sehingga mahu memfitnah kerajaan Pusat .

Sebenarnya... perjanjian penstrukturan semula air antara kerajaan pusat dengan kerajaan Selangor menetapkan bahawa kesemua syarat-syarat utama perlu dipenuhi oleh kerajaan Selangor sebelum Langat 2 diserahkan kepada kerajaan Selangor.



Lihat video:
https://youtu.be/dgMVGJpASsI

Ini termasuk syarat utama bahawa keempat-empat syarikat-syarikat air dibeli balik oleh kerajaan Selangor untuk membolehkan penguasaan ekuiti 100% dengan pinjaman kerajaan pusat.

https://malaysiakini.com/news/418038

Tetapi sampai kini, hanya 3 dari 4 telah di muktamadkan.

Pembelian SPLASH pun belum bermula kerana perjanjian antara Selangor dan kerajaan pusat menetapakan harga ekuiti SPLASH pada RM250 juta tetapi Azmin masih berkeras mahu membeli ekuiti SPLASH dengan harga RM2.8 billion.

Oleh itu Selangor masih tidak memenuhi syarat perjanjian dan dengan itu Langat 2 yang hanya separuh siap tidak boleh diserahkan kepada kerajaan Selangor.

Siapa yang salah sekarang, Azmin?



--------
Rujukan:


Author:

Facebook Comment