Kadar residivis di Sarawak kekal terendah di negara - Randau Sarawak

Breaking

Monday, April 2, 2018

Kadar residivis di Sarawak kekal terendah di negara

Kadar residivis atau kes berulang bekas penghuni penjara di Sarawak terus berada di paras yang terendah di negara pada tahun lalu.

Setakat Februari lalu, Sarawak mencatatkan kadar residivis 0.47 peratus daripada 10,342 orang dalam tempoh tiga tahun.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, pencapaian tersebut dilihat hasil komitmen dan peranan dimainkan seluruh kakitangan di negeri ini dalam usaha pemulihan dan pembangunan penghuni penjara.

Katanya, asas kejayaan pemulihan di luar amat bergantung kepada pemulihan di dalam penjara.

“Pelaksanaan sistem parol di negara sejak 2008 terbukti menyumbang kepada pengurangan indeks kadar jenayah.

“Hampir 38,000 orang diparol, orang diselia dan pesalah mengikuti program ini dengan kadar residivis di bawah da-ripada 0.5 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-228 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Penyampaian Watikah Pelantikan Lembaga Pelawat Negeri di Auditorium Sri Sarawak, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Pengurusan Banduan, Datuk Nordin Muhamad dan Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Vokasional dan Industri), Datuk Mohd. Sakeri Dollah dan Pengarah Penjara Sarawak, Ajidin Salleh.

Pada majlis itu, seramai 91 penerima APC daripada 1,253 pegawai dan kakitangan penjara negeri manakala 36 lagi mendapat sijil atau pingat jabatan sempena Sambutan Hari Penjara. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment