Jurugambar rakam imej menakjubkan di Lautan Artik - Randau Sarawak

Breaking

Monday, April 9, 2018

Jurugambar rakam imej menakjubkan di Lautan Artik

Seorang jurugambar berjaya merakam sejumlah gambar menakjubkan membabitkan alam sekitar dan hidupan liar dari ruang udara di kawasan Lautan Artik menggunakan bantuan dron.

Florian Ledoux, 28, yang berasal dari Chateau-Thierry, Perancis kini menetap di sini menghabiskan masa selama tiga bulan ketika belayar untuk merakam gambar di Kanada, Iceland dan Greenland.

Dia mengawal dron dari sebuah bot untuk membuat rakaman yang membantunya memahami dengan lebih mendalam mengenai hidupan liar.

“Saya percaya gambar-gambar ini membolehkan kita meninjau dan dokumentasi tingkah laku hidupan liar dari sudut dan perspektif berbeza,” katanya. – Agensi

No comments:

Post a Comment