Hishamuddin pastikan Sarawak bebas ancaman


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein  memberitahu pihaknya sedang memantau rapi pembinaan 20 pos gabungan sempadan di negeri ini bagi mengukuh keselamatan sempadan Sarawak yang panjang. Menurutnya, ini termasuk menubuhkan pusat kawalan di kawasan sensitif seperti Empangan Bakun dan sebagainya.

“Kita akan teruskan usaha (pembinaan) ini dan insya-Allah, dengan mandat yang lebih besar daripada rakyat negeri Sarawak (pada PRU14), saya juga berharap bahawa pendekatan-pendekatan keselamatan yang lain akan dimantapkan.

“Ini akhirnya akan membawa kepada pembangunan ekonomi negeri, kestabilan dan keharmoniannya serta memastikan agenda MA63, termasuk industri minyak dan gas dapat dilaksanakan.

Kesemua ini jelasnya, memerlukan naungan perlindungan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahana (Mindef) dan hari ini beliau memberi jaminan bahawa ia (aspek keselamatan) tidak akan berubah.


Facebook Comment