Empat minggu berturut-turut, harga petrol, diesel kekal - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, April 18, 2018

Empat minggu berturut-turut, harga petrol, diesel kekal


KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan diesel untuk minggu ini kekal, menjadikan harganya tidak berubah untuk empat minggu berturut-turut.

Menurut laman sesawang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini harga runcit mingguan RON95 kekal pada RM2.20 seliter, RON97 (RM2.47 seliter) dan diesel (RM2.18 seliter).

Harga runcit mingguan baharu ini berkuat kuasa tengah malam ini hingga 25 April.

No comments:

Post a Comment