ECRL: Hanya 30% pekerja adalah warga asing - Randau Sarawak

Breaking

Friday, April 6, 2018

ECRL: Hanya 30% pekerja adalah warga asing

Situasi sebenar pekerja-pekerja di projek ECRL:

1. Pembinaan permulaan untuk projek ECRL kini ada 1,718 pekerja langsung. Hanya 311 (18%) dari China.

2. Jumlah pekerja asing untuk projek ECRL dihadkan oleh ECRL pada had 30%.

3. Pada masa ini, ada 215 buah syarikat tempatan yang terlibat dalam projek ECRL iaitu 26 syarikat konsultan, 99 syarikat pembekal dan 90 kontraktor tempatan. Pihak kontraktor utama ECRL akan terus memberikan keutamaan kepada penggunaan bahan-bahan binaan dari syarikat-syarikat tempatan di Malaysia.

4. Dianggarkan sebanyak 80,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung akan ditawarkan sepanjang tempoh pembinaan ECRL.

5. Setakat ini, syarikat China CCCC telah berbelanja sebanyak RM23 juta untuk menaja Program Latihan Kemahiran Industri Laluan Rel Pantai Timur (PLKI-ECRL),

6. Sejak program bermula bulan Sept 2017, 185 orang telah menamatkan latihan dan telahpun mula berkerja di MRL dan CCCC. Seramai 244 pelatih lagi akan tamat latihan pada April 2018.

7. MRL amat berharap agar warga tempatan merebut peluang untuk terlibat dalam kerja-kerja pembinaan ECRL dimana pemindahan kepakaran teknologi rel dari China dapat memberi manfaat yang besar kepada negara dalam jangka masa panjang.



-------
Rujukan:



#UndilahBarisanNasional
#UndilahBN
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JanjiDitepati

No comments:

Post a Comment