Dr M masuk IJN 47 kali dalam 39 bulan - Randau Sarawak

Breaking

Monday, April 2, 2018

Dr M masuk IJN 47 kali dalam 39 bulan


Umno menjadikan alasan kesihatan untuk membidas pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan.

“Dakwaan Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa Dr Mahathir telah dimasukkan (ke) Institut Jantung Negara (IJN) sebanyak 47 kali dalam tempoh 39 bulan pastinya menimbulkan keraguan terhadap kemampuannya untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh,” kata Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata beliau hairan kenapa pemimpin-pemimpin kanan pembangkang bersetuju memilih Mahathir dalam keadaan mengetahui keadaan kesihatannya, lapor Utusan Malaysia.

Semalam Tunku Abdul Aziz mendakwa, keadaan kesihatan Mahathir agak membimbangkan selepas mengambil kira kemasukannya ke IJN bermula tahun 2015.

Rekod itu sudah cukup memberi gambaran calon perdana menteri itu memerlukan perhatian pakar perubatan dengan lebih kerap, lapor akhbar Umno itu lagi.

No comments:

Post a Comment