Dewan Rakyat dijangka dibubar esok - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, April 5, 2018

Dewan Rakyat dijangka dibubar esok


KUALA LUMPUR – Tarikh pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) masih lagi menjadi teka-teki tetapi melalui pemerhatian ahli-ahli Parlimen, ramai membayangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membuat pengumuman pembubaran tersebut esok.

Desas-desus itu semakin kuat apabila persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen ke-13 berakhir hari ini selepas beberapa usul penting dibahas dan diluluskan.

Ia termasuk usul semakan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018.

Mesyuarat Kabinet ter­akhir bagi penggal ini turut dijadual berlangsung di Putrajaya pagi esok.

Justeru, terdapat kemungkinan besar pengumuman pembubaran Dewan Rakyat bakal dilakukan pada hari yang sama.

No comments:

Post a Comment