Datuk Seri ditahan jadi Geng 08 - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, April 10, 2018

Datuk Seri ditahan jadi Geng 08

Polis Selangor memberkas 63 ahli kongsi gelap Geng 08 dan 18 termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang aktif dalam pelbagai siri jenayah menerusi operasi khas bermula 29 Mac hingga semalam.

Turut ditahan dalam operasi tersebut ialah seorang lelaki bergelar Datuk, seorang pegawai polis berpangkat asisten superintendan (ASP) serta dua anggota polis masing-masing sarjan mejar dan konstabel.

Mereka yang ditahan menerusi Ops Spider untuk Geng 08 dan Ops Api Reload bagi Geng 18 berusia 23 hingga 60 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pe­nangkapan mereka adalah hasil risikan dan intipan pihaknya dalam mengesan 87 ahli bagi kedua-dua geng kongsi gelap tersebut yang bergiat aktif di negeri ini.

No comments:

Post a Comment