Buka semula kes skandal melibatkan Rafidah Aziz - Lim Kit Siang

Permintaan membuka semula kes skandal yang melibatkan Rafidah berhubung dengan peruntukan berjuta-juta saham bumiputra yang dikhaskan kepada menantunya atas kapasitinya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Peruntukan Saham MITI Bumiputra

Dalam soalan tambahan saya, saya telah merujuk kepada dapatan pada 1995 oleh ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Gani Patail, yang kini merupakan Peguam Negara, bahawa terdapat asas prima facie untuk menangkap dan mendakwa Rafidah dalam lima tuduhan rasuah mengikut Seksyen 2 (2) Ordinan 22, 1970.

Ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat Mohd Ezam Mohd Nor telah disabitkan di bawah Akta Rahsia Rasmi dan menjalani hukuman penjara kerana memiliki dokumen yang memberi pengesahan bahawa Gani Patail telah membuat cadangan sedemikian untuk mendakwa Rafidah kerana rasuah, yang merupakan bukti kepada kebenaran dokumen tersebut.

Memandangkan perkembangan terbaru dalam skandal AP, saya menyeru pembukaan semula kes skandal yang melibatkan Rafidah berhubung dengan peruntukan berjuta-juta saham peruntukan khas bumiputra kepada menantunya atas kapasiti sebagai Pengerusi Jawatankuasa Peruntukan Saham Bumiputera MITI, berdasarkan pada cadangan tahun 1995 kepala pendakwa Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan terhadap Rafidah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, secara terbuka mengatakan bahawa beliau telah menyelamatkan Rafidah tiga kali. Biarkan Mahathir atau Rafidah menjelaskan sama ada ini adalah salah satu daripada tiga kali di mana Rafidah diselamatkan oleh bekas Perdana Menteri, dan apa kah peristiwa yang lagi dua kali.



--------------
Sumber:

Rujukan:

Author:

Facebook Comment