Amaran cuaca buruk di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak - Randau Sarawak

Breaking

Monday, April 30, 2018

Amaran cuaca buruk di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak


Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berterusan di beberapa kawasan perairan Kelantan, Terengganu, utara Sarawak dan timur Sabah sehingga pukul 6 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

Menurut kenyataan itu, keadaan itu turut melibatkan kawasan perairan Samui, Phuket dan Sulu bagi tempoh yang sama. - Bernama

No comments:

Post a Comment