2,693 petugas semasa Hari Penamaan Calon - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, April 26, 2018

2,693 petugas semasa Hari Penamaan Calon


KUALA LUMPUR 26 April - Sebanyak 2,693 pegawai dan anggota polis serta kakitangan awam akan bertugas pada Hari Penamaan Calon di seluruh Kuala Lumpur pada 28 April ini bagi memastikan proses tersebut berjalan lancar.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, daripada jumlah itu, 361 terdiri daripada pegawai, 2,303 anggota dan 29 kakitangan awam.

“Kesemua petugas ini akan mengawal di enam daerah iaitu Sentul, Wangsa Maju, Brickfields, Dang Wangi, Cheras dan Putrajaya berdasarkan 12 Parlimen yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kami menasihatkan semua pihak yang terlibat untuk hadir ke Pusat Penamaan Calon lebih awal dan tidak menunggu disaat akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Sambutan Hari Ulang Tahun Kor Kadet Polis ke-48 Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment