12 laporan cabul diterima terhadap seorang guru di Miri - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, April 26, 2018

12 laporan cabul diterima terhadap seorang guru di Miri

Susulan tangkapan seorang guru yang didakwa mencabul seorang murid perempuan berusia lapan tahun di sebuah sekolah rendah di sini kelmarin, polis telah menerima 12 laporan baru berhubung kes sama di Balai Polis Batu Niah, setakat malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, antara pukul 5.40 petang hingga 8.15 malam, seramai 12 ibu bapa murid di sekolah rendah sama tampil membuat laporan polis dan mendakwa anak mereka turut menjadi mangsa cabul guru berusia 40 tahun itu.

Menurut beliau, setakat ini terdapat 13 mangsa yang disyaki dicabul oleh suspek sama tersebut berusia antara lapan hingga 11 tahun.

"Berdasarkan laporan diterima, kesemua mangsa mendakwa kejadian itu berlaku ketika mereka masih dalam darjah satu dan dua.

"Tidak cukup dengan itu, suspek turut didakwa telah merakam gambar bahagian badan semua mangsa dengan menggunakan kamera telefon bimbitnya," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment