Skandal tanah Ijok: Peneroka saman Azmin Ali

Azmin Ali, Tanah, Ijok, Selangor, Peneroka, Saman,

Azmin kata penjualan tanah RM1.18 bilion bukan tanah Selangor dan bukan urusan Selangor.

Kalau begitu, mengapakah 500 peneroka mahu saman Azmin dan kerajaan Selangor tentang penjualan ini?

Janganlah tipu, Azmin. Dokumen penyelesaian yang turut ditandatangan oleh kerajaan Selangor di Mahkamah sudah membuktikan penglibatan kerajaan Selangor dalam penyelesaian yang banyak memberi untung besar kepada syarikat-syarikat kroni dan syarikat-syarikat perunding pihak ketiga.



-----------
500 peneroka Ijok akan heret Azmin ke mahkamah, kata peguam

Lebih ramai peneroka di mukim Ijok bakal menyaman Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kerajaan negeri berhubung penjualan 880 hektar tanah di kawasan itu, kata seorang peguam.

Menurut peguam yang mewakili peneroka, Datuk Ahmad Kamarudin, setakat hari ini seramai 250 peneroka telah menyertainya dan angka itu dijangka meningkat kepada 500 orang selepas pihaknya mengadakan sesi penerangan isu Ijok di Tanjong Karang dalam tempoh terdekat.

“Ekoran tindakan saman peneroka pada 13 Mac lalu, makin ramai peneroka bangkit dan berani menampilkan diri untuk menuntut hak mereka.

“Sebelum ini mereka tidak sedar ada unsur kecuaian dan penipuan dalam penyelesaian itu serta tidak berani kerana bimbang kehilangan hak mereka,” katanya yang dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia, hari ini.

Sebelum ini, seramai 113 peneroka Ijok yang tidak berpuas hati telah memfailkan saman terhadap Azmin dan lima defendan lain, antara lain, untuk menuntut pampasan lebih tinggi dibayar berdasarkan nilai semasa tanah mereka.

#UbahSelangor
#KhianatRakyat
#TanahIjok

Author:

Facebook Comment