Satu lagi klinik akan dibina di Miri - Pengarah Kesihatan - Randau Sarawak

Breaking

Friday, March 16, 2018

Satu lagi klinik akan dibina di Miri - Pengarah Kesihatan




Jabatan Kesihatan Negeri merancang membina klinik kesihatan tambahan untuk menampung peningkatan jumlah pesakit di Klinik Kesihatan Miri berikutan skala penduduk yang besar dan semakin ramai pesakit yang mencari rawatan di klinik kasihatan lebih daripada sekali.
 

Memetik kenyataan di Borneo Post Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim ,klinik kesihatan baru akan dibina di sebuah tapak berhampiran Hospital Miri. 
"Untuk penyelesaian jangka panjang, Klinik Kesihatan Jenis 2 yang dirancang untuk dibangunkan di sebuah tapak berhampiran Hospital Miri akan dapat menampung sejumlah besar pesakit antara 500 hingga 800 orang. Jabatan Kesihatan negeri mahu orangramai mengambil peluang ini mendapatkan  perkhidmatan kesihatan dengan segera dan selesa" .

Mengulas mengenai beratur panjang seperti yang dilaporkan di akhbar-akhbar dan di platform media sosial baru-baru ini, Dr Jamilah berkata ia disebabkan pesakit cuba mendapatkan nombor awal kerana masalah kesesakan itu begitu ketara di awal pagi seawal 4 pagi. Bagaimanapun, beberapa langkah segera telah diadakan untuk memperbaiki keadaan seperti membuat sistem panggilan pesakit atau appoitment disamping menggalakkan mereka mendapatkan rawatan di klinik kesihatan lain berhampiran rumah mereka seperti Klinik Kesihatan (KK) Tudan, KK Bekenu, KK Beluru, KK Tun Haji Openg , KK Batu Niah, Jambatan KK Suai, KK UTC Miri, Klinik 1Malaysia Taman Tunku dan Klinik 1Malaysia Permyjaya.
 

Dr Jamilah mengingatkan orang ramai bahawa waktu klinik adalah dari jam 7.30 pagi hingga 10 malam dan pesakit tidak perlu terlalu awal untuk mendapatkan nombor mereka. 
"Bagi Jabatan Kesihatan, kami akan meneruskan usaha kami untuk memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan dengan segera dalam keadaan yang lebih selesa.Tetapi pada masa ini, jumlah pesakit telah meningkat kepada kira-kira 1,000 sehari dan mereka yang mengambil ubat dari kaunter farmasi kadangkala mencapai sehingga 1,500 orang sehari."

Klinik Kesihatan Miri dibina pada tahun 1972 dan mula beroperasi sejak 1973 untuk berkhidmat kepada 300 hingga 500 orang sehari. Dalam usaha untuk menangani barisan yang panjang, pelbagai penambahbaikan telah dibuat selain meningkatkan jumlah kakitangan yang bertugas jadual buka klinik juga telah dilanjutkan dari 6 petang hingga 10 malam pada hari kerja dan jam 8 pagi hingga tengah hari pada hari Sabtu.

No comments:

Post a Comment