Rangka Manusia Ditemui Di Pantai Sungai Cina, Lundu - Randau Sarawak

Breaking

Monday, March 12, 2018

Rangka Manusia Ditemui Di Pantai Sungai Cina, Lundu






Sepasang suami isteri yang sedang beriadah di Pantai Kampung Sungai Cina di sini lewat petang semalam terkejut apabila objek yang disangkakan ikan, yang dilihat terdampar di tepi pantai sebenarnya adalah rangka manusia.


Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan Wong Chee Keong berkata, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan itu sekitar jam 5.54 petang dan sepasukan anggota dari Balai Polis Lundu pantas dikejarkan ke lokasi.

“Cebisan mayat dari bahagian pinggang hingga kaki itu dipercayai milik seorang lelaki ditemui sekitar jam 5.35 petang dalam keadaan reput.

“Mangsa memakai seluar dalam berwarna merah dan berseluar panjang biru tua.

Chee Keong berkata, rangka mayat tersebut kemudian diserahkan kepada Unit Forensik Hospital Lundu untuk tujuan siasatan dan pengecaman identiti.

“Pihak kita juga kini sedang melakukan semakan orang hilang, bagi membolehkan penyesuaian profil dilakukan,” jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment