Persempadan semula penting untuk rakyat - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, March 28, 2018

Persempadan semula penting untuk rakyat


KUALA LUMPUR 28 Mac - Laporan kajian semula persempadanan mengenai syor-syor yang dicadangkan bagi bahagian-bahagian pilihan raya dibentang di Dewan Rakyat penting bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik.

Ketua Pergerakan Pemuda Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, persempadanan semula ini untuk memastikan setiap kawasan yang mempunyai jumlah penduduk agak padat dapat ditadbir oleh seorang ahli Parlimen.

“Sekiranya terdapat dua pertiga ahli Parlimen yang bersetuju, adalah lebih bagus apabila pertambahan kawasan Parlimen dilaksanakan dan rakyat akan mendapat perkhidmatan yang lebih baik.

“Namun, jika sebaliknya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan persempadanan semula kerana terdapat Parlimen yang mempunyai lebihan penduduk sehingga mencecah 100,000 orang. Hal ini memerlukan persempadanan semula dibuat untuk memberikan hak kepada rakyat untuk dilayan oleh Ahli Parlimen mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, Dewan Rakyat akan membentangkan laporan kajian semula persempadanan mengenai syor-syor yang dicadangkan bagi bahagian-bahagian pilihan raya bagi Persekutuan dan negeri di dalam negeri-negeri Tanah Melayu kali ke-6, 2018. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment