Penjawat awam bukan untuk dijadikan kambing hitam pembangkang - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, March 21, 2018

Penjawat awam bukan untuk dijadikan kambing hitam pembangkang


Pakatan Harapan belum bertaji sudah nak berkokok...

Walaupun belum mendapat kuasa, ugutan dan perancangan beberapa pemimpin pembangkang untuk memecat serta mengurangkan saiz penjawat awam ibarat belum bertaji sudah berkokok. Walau bagaimanapun, Pakatan Harapan diketuai DAP terlupa yang penjawat awam bukanlah seperti pemimpin parti yang mereka tidak suka, boleh dibuang sesuka hati kalau mampu mengancam kedudukan.

Ketua Kluster Tadbir Urus, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ugutan pemimpin Pakatan Harapan terbabit mencerminkan kegagalan mereka berpolitik secara matang dan sihat.

Katanya, mana-mana pemimpin termasuk pembangkang tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan dengan maksud untuk menakutkan-nakutkan penjawat awam kerana tindakan itu jelas menunjukkan mereka tidak menghormati peranan penjawat awam.

“Jangan jadikan penjawat awam sebagai kambing hitam sebaliknya ahli politik perlu mempunyai integriti untuk tidak mencampur aduk di antara tugasan rasmi kerajaan dan politik,” memetik kenyataan nya dalam Utusan Malaysia.

Sementara itu, Dr. Nik Ahmad Kamal berkata, pada hakikatnya kerajaan yang memerintah tidak berhak memecat mana-mana penjawat awam sesuka hati tanpa mengemukakan sebab munasabah.

“Sekiranya nanti Pakatan Harapan memerintah, mereka tidak berhak berbuat demikian kerana penjawat awam dilindungi Perlembagaan dengan mempunyai hak-hak untuk didengari sebelum pemecatan dilakukan,” jelasnya.

Keangkuhan sikap pemimpin Pakatan Harapan yang diketuai DAP jelas terbukti apabila mereka sanggup mengeluarkan pelbagai kenyataan berbaur ugutan terhadap penjawat awam walaupun belum berjaya membentuk kerajaan.

Sebelum ini pemimpin DAP pernah menyuarakan hasrat untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya berjaya memerintah negara manakala Timbalan Presiden Parti Pri­bumi Bersatu (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ahad lalu pula memberitahu ingin memecat pegawai tertinggi kerajaan yang tidak bersama mereka dalam tempoh 30 hari selepas Pakatan Harapan memerintah.

Tidak cukup dengan itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula secara seloroh ingin ‘mencampakkan’ Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang ke dalam empangan apabila beliau mempersoalkan mengenai isu margin air di Selangor.

No comments:

Post a Comment