Pengurus restoran didakwa sebar gambar lucah bekas teman wanita - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, March 28, 2018

Pengurus restoran didakwa sebar gambar lucah bekas teman wanita


Seorang pengurus restoran dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebarkan gambar lucah bekas teman wanitanya yang kini merupakan seorang doktor di dalam laman blog pada tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohammad Khairul Abidin Abdul Rahim, 34, yang bekerja di sebuah restoran di Kuching, Sarawak membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz.

Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan, Mohammad Khairul Abidin didakwa secara sedar telah memulakan penghantaran komunikasi bersifat lucah dengan niat untuk menganiayai pengadu.

Tertuduh didakwa memuat naik kandungan lucah itu di dalam laman blog menerusi aplikasi blogspot dan wordpress dari 4 Julai hingga 16 Jun 2015.

Mohammad Khairul Abidin didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - K! ONLINE

 

No comments:

Post a Comment