Pengundi Sarawak berumur 150 tahun mungkin 'paling tua di dunia' - Randau Sarawak

Breaking

Monday, March 26, 2018

Pengundi Sarawak berumur 150 tahun mungkin 'paling tua di dunia'


Kegiatan rutin memeriksa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kadang-kala menghasilkan penemuan "misteri' yang meragukan.

Semasa meneliti laman web rasmi SPR yang menyenaraikan butiran peribadi para pengundi di Sarawak semalam, Aziz, yang merupakan setiausaha publisiti Pemuda DAP "terkejut" apabila menyemak umur seorang pengundi, Mohd Said bin Mohd Arshad Mohd Said.

Menurut laman web tersebut, Mohd Said dilahirkan pada 1 Jan 1868, dengan nombor kad pengenalan yang tertera membuktikannya.

Bercakap kepada Malaysiakini  itu, Aziz berkata pengundi berkenaan didaftarkan di daerah mengundi Krokop yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut dan Parlimen Miri.

"Jika maklumat ini sah seperti yang dinyatakan, ini bermakna Malaysia kini memegang rekod dunia kerana mempunyai warganegara berusia 150 tahun," katanya.

No comments:

Post a Comment