Penghormatan terakhir buat adik Nick Hillary Harry REST IN PEACE RIP


SIBU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nick Hillary Harry yang terjatuh ke dalam Sungai Balleh di Kapit, dekat sini yang memasuki hari ketiga kini selesai selepas mayatnya ditemui pada jam 3.50 petang tadi.

Mangsa berumur 15 tahun terjatuh selepas tergelincir dari tebing sungai tersebut pada jam 7.30 pagi Ahad lalu.Menurut maklumat yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mayat mangsa ditemui pada jarak 20 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Si mati berasal dari Nanga Usun, Balleh.Operasi SAR disertai lima anggota bomba yang diketuai oleh Abu Seman Ramli mengunakan sebuah bot.

Agensi lain yang turut terlibat dalam operasi itu termasuk polis dan Lembaga Sungai Sarawak


Facebook Comment