Pemakai Menoa, Pulau Galau dibentang di DUN selepas PRU14


Kerajaan serius menangani  isu hangat tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan Kanun Tanah Sarawak berkaitan definisi Pemakai Menoa dan Pulau Galau dan telah sedia untuk dibentangkan pada  Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Julai depan.

Memetik kenyataan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata kerajaan memberi komitmen peringkat akhir mengemas kini pindaan tersebut.

Tapi pembentangan yang sepatutnya dijadualkan pada Sidang DUN Mei akan ditunda pada Julai bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14.

Facebook Comment