Pegawai Syarikat Direman Bantu Siasatan Projek JKP

Seorang pegawai berpangkat tinggi syarikat berkaitan kerajaan, JKP Sdn Bhd, ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung pemberian beberapa projek dipercayai membabitkan syarikat itu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Aziana Azib selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Lelaki berumur 47 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15 Akta SPRM 1997.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abdul Aziz Aban ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata lelaki terbabit ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini, semalam.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan kerana dipercayai telah mencadangkan sebuah syarikat swasta sebagai perunding bagi beberapa projek membabitkan syarikat JKP Sdn Bhd pada 2005 hingga 2006 sedangkan beliau mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan.

Pada Khamis, seorang pengarah syarikat ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.



Author:

Facebook Comment