Najib yakin Ringgit cecah RM3.80 - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, March 15, 2018

Najib yakin Ringgit cecah RM3.80


Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Ringgit akan mencecah nilai RM3.80 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam masa dekat.

Perdana Menteri berkata, nilai semasa Ringgit menurun sedikit RM3.90 berbanding dolar As semalam namun naik semula hari ini.

"Beberapa bulan lalu, mata wang kita serendah RM4.49 berbanding dolar AS tapi sekarang ini akan jadi RM3.80, seperti yang diramalkan oleh pihak-pihak yang menguruskan soal kewangan.

"Saya yakin dalam masa terdekat Ringgit akan hampir nilai RM3.80 berbanding dolar AS, sekaligus menunjukkan mata wang kita antara yang terbaik di dunia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Bajet 2018 Bersama Penjawat Awam di Kolej Kesihatan Bersekutu Tanjung Rambutan, Ulu Kinta hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment