MPI bakal laksana lebih banyak bengkel media di Sarawak


Institut Akhbar Malaysia (MPI) sedang mengkaji kemungkinan mengadakan lebih banyak bengkel untuk pengamal media Sarawak bagi meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang atau subjek tertentu menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Chamil Wariya malam tadi.

Selain Bandar Kuching, MPI mungkin akan mengadakan bengkel di Pekan Sibu dan Bandaraya Miri memandangkan minat yang ditunjukkan pengamal media dari kawasan masing-masing ketika menghadiri bengkel anjuran MPI dan Kedutaan Amerika Syarikat di sini.

"Ia adalah bengkel dua hari kerana saya memahami sesetengah organisasi media agak keberatan untuk melepaskan pekerja mereka jika bengkel itu mengambil masa tiga hari," katanya ketika menyampaikan sijil kepada peserta 'Bengkel Pelaporan Bencana Berkesan' .

Dr Chamil berharap organisasi media di Sarawak akan memberikan sokongan penuh dengan bengkel anjuran MPI kerana objektif utama pihaknya adalah untuk meningkatkan kemahiran pengamal media di negeri ini.

Sebanyak 34 pengamal media dari Sarawak dan Sabah telah menghadiri bengkel dua hari itu

Facebook Comment