Menjelang PRU14, Sarawak Report Mula Menyerang KWSP Dari Luar Negara

Semakin dekat dengan tarikh PRU14, maka makin rancaklah portal dari luar negara digunakan sebagai meriam pembangkang untuk menyerang dan membuat fitnah.

Tidak mengejutkan apabila Sarawak Report (SR) membuat fitnah terbaru terhadap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kononnya berlaku pemindahan bon atau dana kepada beberapa syarikat di luar negara.

"Surat Ganti Rugi" palsu bertarikh 20 Ogos 2015 digunakan oleh Sarawak Report. KWSP menafikan dakwaan jahat itu. KWSP tidak pernah berurusan mahupun memetrai perjanjian dengan Limage Holding SA, Limage Soutwest Holdings dan individu yang bernama "Mr Matrai" yang didakwa Sarawak Report.

KWSP sudah pun membuat laporan polis pada 28 Februari 2018 atas fitnah terbaru Sarawak Report itu.

Jika dulu serangan utama ditumpukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini ia mula beralih kepada syarikat milik kerajaan (GLC) pula sedangkan semua pihak tahu bahawa sebelum mana-mana keputusan pelaburan dibuat, proses tadbir urus KWSP memerlukan semua cadangan yang tertakluk kepada penilaian risiko ketat dan kajian terperinci oleh pengurusan.

Ini bukan kali pertama KWSP diserang Sarawak Report, sebelum ini pada 18 Januari 2018, KWSP telah difitnah kononnya cuba menyelamatkan Battersea Power Station di London.

Sedangkan hakikatnya, projek Battersea Power Station bernilai £8 billion itu diusahakan bersama oleh KWSP, PNB dan SP Setia. PNB memiliki 67% saham dalam SP Setia. Battersea itu dimiliki 100% oleh Sime Darby, SP Setia dan KWSP. PNB dan KWSP memiliki 62% saham dalam Sime Darby.

Seperti biasa, SR cuba menyakinkan rakyat Malaysia bahawa ia telah menjalankan siasatan dan melihat kononnya dokumen rahsia yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan. Apa yang pasti SR cuba meranapkan kredibiliti Perdana Menteri namun ianya gagal sama sekali.

Dengan reputasi portal itu yang semakin buruk, amat malanglah jika ada yang percaya kepada laporan palsu yang dikeluarkan oleh Sarawak Report itu.

Ketika SR sibuk untuk memburukkan pentadbiran Najib, ia terlupa bagaimana editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown telah disaman oleh PAS di London kerana memfitnah parti itu menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri.

Claire kemudiannya mengheret bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga dalam kemelut itu. Berdasarkan dokumen mahkamah, Ambiga didakwa memberitahu Claire tentang hubungan Najib dengan PAS termasuk dakwaan persetujuan kewangan antara kedua-dua pihak dan motif di sebaliknya.

Jika dulu Claire memberikan nama Ambiga yang kini dikatakan sedang dilamar oleh Pakatan Harapan untuk dijadikan calon mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti, lepas ini nama siapa pula yang akan dipetik oleh Claire? Agak pelik apabila Ambiga tidak pula menyaman editor Sarawak Report itu sebaliknya bersikap baling batu sembunyi tangan.

Nampak sangat selepas namanya terjejas teruk akibat saman daripada PAS itu, SR kini cuba membina semula imejnya dengan menyebarkan fitnah lagi dan kali ini melibatkan KWSP.

Sebab itulah kita jangan terlalu taksub dan menjadikan portal seumpama ini sebagai `kiblat'. Pada Mac 2016, portal Open Source Investigations http://www.opensourceinvestigations.com mendedahkan, Claire menerima dana daripada dua sumber walaupun beliau pernah mendakwa dirinya seorang wartawan bebas yang ‘tidak terhutang budi kepada pihak lain sama ada dari segi kewangan atau politik’.

Portal tersebut turut mendakwa, syarikat milik Brown hampir muflis dan hanya dapat diselamatkan selepas beliau bersetuju menyertai kempen untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Tentunya Claire mendapat habuan banyak dari pihak yang mengulingkan Perdana Menteri itu. Pernah kita dengar Syed Saddiq pernah dedahkan Mahathir ada beri $AS5 billion untuk kempen media di luar negara bagi memburukkan Malaysia.

Xavier Justo juga pernah dedahkan Claire Brown mahu raikan kejatuhan Perdana Menteri Malaysia dengan sebotol arak.

Jangan biarkan pembangkang raikan dengan sebotol arak atau memanggang babi semasa PRU14 nanti. Ajar mereka ini cukup cukup atas kertas undi. Demi agama, bangsa dan tanahair, kita pertahankan negara ini dari niat jahat mereka ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB801, Khamis
1 Mac 2018


Facebook Comment