Menjawab 19 tohmahan tethadap DS @NajibRazak - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, March 28, 2018

Menjawab 19 tohmahan tethadap DS @NajibRazak

Ada macai mai tepek poster seperti di bawah untuk memperlekehkan kejayaan2 DS Najib mentadbir negara dengan cemerlang.

Berikut adalah jawapan2 kepada 19 tohmahan itu:

1. Proton- tak pernah untung. Bisnes 33 tahun rugi memanjang. Baik jual dari dokong biawak hidup vendor kroni Mahathir.

2. F1- projek tak pernah menguntungkan negara. Rakyat marhaen pun tak pernah mampu nak beli seat mahal2 tu.

3. Lapangan Terbang Sg Besi dijual sebab hilang nilai strategik ketenteraan. Diganti dengan Pengkalan Tentera Sendayan dan 7 lagi kem tentera. Tapak LT Sg Besi bakal bedirinya Bandar Malaysia dengan bullet train ke Singapura.

3. 1MDB gagal- Katalah gagal pun, 1MDB membayar hutangnya sendiri. TIDAK ADA BAILOUTS. Sedangkan sebenarnya tak gagal. TRX tu 1MDB la tgh buat sekarang. 😇 Tak seperti company2 zaman Atok. Memanjang bailout. Bailout harga berganda2 plak tu demi pastikan kroni kekal kaya.

5. Ringgit merudum- Ringgit paling banyak meredum zaman Tun. 1USD.= RM 4.80. Rezab bank negara menipis. Sampai terpaksa ditambat dan pelabur2 lari. Ringgit sekarang jatuh ke RM 4.20 je dan kini mengukuh kembali ke RM 3.80 TANPA PERLU DITAMBAT! Rezab Bank Negara Malaysia sekarang dah dekat setengah trillion ringgit.

6. Tol meningkat- Ini salah Atok. Dia yang buat perjanjian bodoh dengan syarikat konsesi. (atok sendiri ngaku dia bodoh). Hasilnya DS Najib yg terpaksa settle masalah ini. DS Najib arahkan KWSP beli konsesi tol. Supaya kalaupun rakyat kena bayar, hasilnya tetap pergi kepada rakyat (pencarum KWSP).

7. GST dilaksanakan- Ini tindakan bijak yang telah menyelamatkan ekonomi negara ketika harga minyak jatuh. GST sistem cukai paling telus di dunia. Wang dibayar pasti masuk ke kantung negara. Sistem cukai lapok SST zaman Tun penuh ketirisan. Peniaga caj cukai SST, kita bayar, tapi depa tak bayar pada kerajaan. Masuk poket peniaga2 yg tamak. GST menyekat amalan ini. Hanya penyangak je tak suka. 170 negara dunia dah buat GST termasuk Arab Saudi yang jauh lebih kaya dengan hasil minyak.

8. Kedai 1 Malaysia tutup- Ini adalah kebodohan. Kedai 1 Malaysia dinaik taraf ke Kedai 1 Malaysia 2.0.

9. Felda jahanam- Jahanam apa kebendanya? Peneroka2 paling ramai jadi jutawan zaman DS Najib. Dan depa dapat durian runtuh hampir setiap tahun. Bukan macam zaman Atok, depa terabai pasal konon Tun nak jadikan negara ni negara perindustrian dan bukan negara agrikultur.

10. Petrol naik- Ini adalah masalah global. Satu dunia kena. Takkan ni pun salah Najib. Badigol sood tul.

11. Pelabur asing lari- Ni zaman Atok bukan zaman Najib.
Setakat Mei 2017, sebanyak RM 400 billion pelaburan asing telah dibawa masuk oleh DS Najib.

12. Ahli UMNO keluar parti- Hahahhaha!!! Ni apa kena mengena ni? Ahli UMNO dah keluar parti sejak tahun 50an (PAS), 1988 (Semangat 46), 1999 (PKR) dan terbaru Bunge. Tapi UMNO kekal memerintah dgn jayanya.

13. Warga asing bertambah - Ini petanda ekonomi negara mantap. Warga asing tak pergi negara2 gagal dan miskin.

14. Aset negara dilelong- Aset apa yg dilelong ni? Hahahhah. Jual beli syarikat adalah normal. Mercedes Benz dibeli oleh Geely. Apakah Germany dah lelong Mercedes?

15. Tanah strategik digadai- Tanah mana tu yang kena gadai? Temberang je lebih. Forrest City yang Atok kata gadai tu tanah tambak ngok. Satu inci pun bumi johor tak jual pada China.

16. Kapal terbang hilang- Aisey....nahas macam ni pun jadi bahan untuk kenakan Najib? Zaman Tun dulu Highland Tower runtuh. Tu sebab Tun jugak kan? 🤣

17. Petrol naik- Cai siap tulis 2 kali utk panjangkan list. Baru la nampak banyak. Benda ni dah ulas kat atas. (Perkara no 10).

18. Kos sara hidup naik- Takde satu negara dalam dunia yang kos sara hidup dia kekal atau turun dengan peredaran masa. Kalau ada, ko pindah la pi sana.

19. Kadar pengangguran naik- Ini adalah tipu. Kadar pengangguran negara adalah paling rendah dalam sejarah negara pada zaman DS Najib Tun Razak. Malah projek2 infrarakyat yang beliau bina ini telah mencipta lebih dari 2 juta peluang pekerjaaan berkemahiran tinggi.

Tapi Pakatan dah kata depa nak kaji semula dan batalkan projek2 infrarakyat seperti rel2 dan train2 ini. So mengundi Pakatan adalah merupakan langkah kebelakang yang dangkal.

Untuk rekod, kadar pengangguran adalah tertinggi pada era pemerintahan Atok. Dah la macam tu, gaji pun ciput. 🤣



-------------------
Tulisan Dr Abdul Rahman Abdul Kadir


#FailedState
#Corruption
#Fitnah
#PakatanHipokrit
#TunM93Tahun

No comments:

Post a Comment