Masalah ekonomi peninggalan pemimpin dalam Pakatan Harapan - Randau Sarawak

Breaking

Friday, March 16, 2018

Masalah ekonomi peninggalan pemimpin dalam Pakatan Harapan


Pas mendakwa segala kesukaran berkaitan ekonomi yang ditanggung oleh kerajaan dan rakyat pada masa ini adalah peninggalan beberapa pemimpin Pakatan Harapan diketuai DAP semasa mereka berada dalam kerajaan. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, masalah ekonomi berbentuk legasi itu berpunca daripada mereka yang memerintah negara sejak tahun 1980-an lagi, tetapi kini tidak lagi bersama parti pemerintah, UMNO dan Barisan Nasional.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan pemimpin tersebut tetapi dipercayai merujuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003.

“Masalah ekonomi dihadapi oleh negara, sama ada kerajaan atau rakyat adalah peninggalan pemimpin yang berada di dalam Pakatan Harapan hari ini yang memerintah negara sejak 80-an,” katanya semasa siaran langsung Facebook malam tadi.

Dr. Mahathir sering dituduh oleh pembangkang termasuk oleh DAP dan PKR sendiri kerana mengamalkan kronisme sepanjang pentadbirannya dengan menawarkan kontrak kerajaan berat sebelah yang memberi manfaat kepada golongan tertentu.

Kontrak konsesi tol dan penjana tenaga bebas merupakan antara bentuk kontrak berat sebelah yang sinonim dengan pentadbiran Dr. Mahathir dan beberapa tempoh konsesi yang ditandatangani kekal sehingga hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment