Mark Zuckerberg 'berdiam diri' selama lima hari, ramai persoal kredibiliti Facebook - Randau Sarawak

Breaking

Friday, March 23, 2018

Mark Zuckerberg 'berdiam diri' selama lima hari, ramai persoal kredibiliti Facebook


ORANG ramai khususnya pengguna Facebook telah mula mempersoalkan kredibiliti dan kepercayaan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg berikutan skandal penyalahgunaan maklumat peribadi oleh sebuah firma analisis data, Cambridge Analytica, menurut laporan portal Wired.

Skandal pencerobohan data peribadi yang berlaku lima hari lepas oleh Cambridge Analytica dilaporkan krisis terbesar dalam sejarah penubuhan Facebook.

Begitupun, Zuckerberg dikatakan memilih untuk berdiam diri sepanjang lima hari berlakunya krisis tersebut.

"Jika syarikat lain menghadapi krisis yang serupa, mereka akan berusaha menangani dengan menggunakan kaedah pengurusan krisis. Misalnya, Ketua Pegawai Eksekutif akan membuat kenyataan segera dan jika krisis tersebut amat teruk, seseorang akan diarah untuk meletak jawatan atau dipecat dan krisis tersebut akan kembali seperti biasa dan mampu mengembalikan akauntabiliti sesebuah syarikat.

Portal itu dipetik berkata, senario ini berbeza dengan syarikat gergasi tersebut (Facebook) yang mana CEO memilih untuk berdiam diri sepanjang krisis berlaku sejak beberapa hari lalu.

Kepercayaan Zuckerberg kini dipersoalkan oleh orang ramai khususnya pengguna Facebook.

BACA: Kontroversi Cambridge Analytica

BACA: Ahli Parlimen UK panggil Mark Zuckerberg jawab isu Cambridge Analytica

BACA: Mark Zuckerberg akui Facebook 'tersilap' urus data 50 juta pengguna

BACA: Apa yang anda perlu tahu tentang kontroversi Facebook dan Cambridge Analytica

Selain itu, portal itu turut melaporkan Zuckerberg tidak hadir ketika mesyuarat kakitangan pada hari Selasa bagi membincangkan serta menyelesaikan krisis tersebut.

"Sungguhpun Mark Zuckerberg telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu penyalahgunaan data peribadi melalui post di akaun Facebook miliknya pada hari ini, ia sudah terlambat dan orang ramai inginkan kebenaran," tambahnya.

Zuckerberg pada Isnin telah dipanggil oleh Ahli Parlimen United Kingdom (UK) untuk memberi jawapan berhubung kontroversi Cambridge Analytica yang melibatkan pendedahan jutaan data pengguna Facebook.

Firma itu didakwa diberikan akses profil Facebook untuk mendapatkan maklumat mengenai pengundi sewaktu Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment