Manifesto Pembangkang 'Cerita Lama' -Ketua Menteri Sarawak






KETUA Menteri Sarawak Abang Johari Openg percaya Pakatan Harapan (PH) tidak akan melaksanakan manifesto yang dijanjikan untuk Sarawak. Beliau berkata ini berdasarkan hakikat bahawa Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad semasa menjadi perdana menteri tidak memberikan apa-apa hak kepada Sarawak.


“Dulu dia (Dr Mahathir) sebagai perdana Menteri selama 22 tahun, apa hak sarawak yang dia beri, tidak ada apa-apa kepentingan (diberikan) kepada Sarawak. Perdana Menteri Najib Razak yang banyak memberi (hak Sarawak) kepada kita ,”
Abang Johari berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas manifesto PH bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dilancarkan pada Khamis lepas yang akan melaksanakan penurunan kuasa kepada Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 sekiranya membentuk kerajaan selepas PRU14.

“Ia perkara biasa yang dilakukan oleh pembangkang apabila pilihan raya semakin hampir dan kebanyakan yang dibangkitkan menerusi manifesto itu adalah “cerita lama” (dan kitar semula),”

Facebook Comment