Libatkan kanak-kanak dalam politik jijik, Guan Eng Di desak Pohon Maaf


Mohon maaf sajalah Guan Eng......

Semua pihak tanpa mengira fahaman politik perlu sebulat suara mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka di atas tindakan melampaunya menggunakan kanak-kanak untuk agenda politik. Perbuatan ‘terlebih bijak’ Setiausaha Agung DAP itu juga disifatkan sebagai sesuatu yang menjijikkan kerana mengeksplotasi dan menghasut anak-anak kecil supaya membenci kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bekas Naib Pengerusi DAP Ladang Paroi, Seremban, David Dass berkata, Guan Eng dan kerajaan kepemimpinannya semakin berani dan melampau menggunakan apa sahaja cara untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Saya menyifatkan perbuatan menghasut melibatkan anak-anak kecil ini adalah perkara yang tidak boleh diterima dan menjijikkan. Satu perlakuan yang memalukan diri sendiri.

“Kalau Guan Eng suka sangat menyanyi dan menari, dia boleh lakukan di media sosial bukannya di hadapan kanak-kanak. Saya minta semua pihak untuk terus mendesaknya agar memohon maaf secara terbuka,” memetik kenyataan nya di Utusan online.

Dalam satu video yang dimuat naik melalui akaun Facebook Guang Ming Daily, Guan Eng dilihat ‘terkinja-kinja’ mengikut rentak lagu mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam sebuah majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh kanak-kanak.

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan dan video yang dipercayai dirakam ketika majlis pelancaran pusat tuisyen rakyat di Jelutong, Pulau Pinang itu telah mengundang reaksi kurang senang orang ramai.


Facebook Comment