Lepas Gagalkan Memalukan PM Di Australia, Mahathir Bawa Porsche Dalam Hujan

Satu persatu serangan yang dilakukan oleh pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari luar negara telah gagal. Dari Amerika Syarikat, ke Bali, di mahkamah Switzerland dan kemudiannya Australia.

Semua serangan itu gagal. Bermula dengan membawa kes berkenaan ke Amerika Syarikat dengan menggunakan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat dan menipu rakyat kononnya FBI akan menahan Najib sebaik sahaja beliau melangkah ke negara berkenaan pada 2016, kemudian beralih pula ke Bali di mana kapal layar mewah Equanimity dikaitkan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bukan itu sahaja Equanimity dikatakan membawa RM1 bilion dolar yang kononnya untuk digunakan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), namun akhirnya kebenaran terdedah apabila pihak berkuasa Indonesia menafikan menemui wang berkenaan.

Selepas reda isu kapal layar, tiada bukti dan tiada apa apa susulan dari DOJ dan telah dibuktikan kapal layar yang dibeli itu bukan dengan duit 1MDB, maka datang pula serangan dari parlimen Switzerland pada minggu lepas. Kononnya ada duit 1MDB yang hilang berjumlah RM430 juta di Switzerland.

Cerita di Bali dan Switzerland, dua dua ini cerita persepsi. Penjelasan telah dibuat. Sila baca artikel ini.

1) Isu Kapal Layar di Bali

2) Isu Di Parlimen Switzerland

Serangan kemudiannya beralih pula ke Australia. Beberapa hari sebelum Najib berangkat ke Australia untuk menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018, tiba-tiba anak Perdana Menteri Australia, Alex Turnbull mendakwa beliau meletak jawatan dengan Goldman Sachs kerana dilabel sebagai pemberi maklumat selepas mempersoalkan kedudukan firma berkenaan dalam isu 1MDB.

Bagaimanapun, Alex kemudian menjelaskan kenyataannya disalah lapor media malah perletakan jawatan itu sudah lama, iaitu pada 2014, jadi kenapa perlu dibangkitkan semula.

Akhirnya kebenaran terserlah apabila akhbar Australian Financial Review (AFR) melaporkan bahawa anak kepada Malcolm Turnbull itu diarah menghentikan urus niaga dalam saham media dan teknologi berikutan kedudukan bapanya sebagai Menteri Komunikasi pada waktu itu.

Baca artikel penuh di sini :

Pada masa sama, Mahathir pula telah menggunakan media asing untuk memberikan tekanan kepada Najib. Mahathir dilaporkan memberitahu The Australian bahawa Turnbull harus menimbulkan isu skandal 1MDB dengan Najib pada sidang kemuncak itu.

Manakala dalam temubual dengan ABC News, Mahathir memberi amaran kepada Turnbull supaya tidak bergambar dengan Najib.

Malangnya Turnbull tidak peduli akan hasutan Mahathir itu sebaliknya beliau dan Najib bergambar mesra selepas sidang kemuncak berkenaan. Bukan itu sahaja, kedua-dua pemimpin itu berikrar untuk terus menjadi rakan rapat dan akan terus bekerjasama.

Gagal lagi Mahathir. Selepas semua usaha memalukan Najib di luar negara gagal, Mahathir kemudiannya cuba mengalih perhatian dengan memandu kereta dalam hujan.

Klip klip video pendek dimuat naik di media sosial petang semalam yang menunjukkan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu memandu kereta Porsche semasa hujan lebat dan petir.

Kononnya bila masih boleh bawa kereta Porshe dalam hujan, maka kuat lah lagi hendak jadi PM. Kuat apanya? Kena hujan setitik pun demam dah.

Kalau kuat, kenapa tidak selesaikan dahulu mesyuarat mesyuarat cawangan PPBM? Kenapa biar ramai ahli PPBM keluar parti?

Oh terlupa, semua ahli PPBM tidak penting lagi bagi Mahathir. DAP sudah ada. Baik jaga kuda dan naik kereta Porshe dari "berlengas" fikir hal ahli ahli PPBM yang sudah pun dianggap sampah oleh Mahathir.

Bukan soal boleh pandu kereta atau tidak namun ia mengenai Mahathir sendiri. Apakah beliau masih tidak puas untuk menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Kenapa sanggup untuk menjadi Perdana Menteri lapuk dan kitar semula?

Mahathir hendak lagi pada kuasa. Sanggup jilat balik ludahnya dulu pada Anwar dan DAP. Semuanya kerana ada agenda peribadi untuk anak sendiri dan kroni.



-------------
Rujukan:


Tulisan :
Beruang Biru
BB826, Isnin
19 Mac 2018


Author:

Facebook Comment