Laporan sampah dari Sarawak Report memfitnah KWSP

Laporan Sarawak hari ini membuat "pendedahan" bertaraf paling sampah yang pernah saya baca. Bahagian atas kepala surat tanpa menunjukkan bahagian bawah. Halaman dari surat berbilang halaman tanpa kepala dan tiada ekor.


Dan mereka juga menyiarkan nombor akaun RHB dengan 15 digit (nombor akaun RHB adalah 14 angka lah ..)

Bagaimanapun, KWSP telah mengeluarkan kenyataan penafian terhadap laporan sampah dari Sarawak Report.

LSS


-------------

KWSP sangkal dakwaan Sarawak Report

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyangkal keras dakwaan portal berita dalam talian, Sarawak Report, dalam catatan blog dan Facebooknya semalam.

KWSP, dalam satu kenyataan semalam, berkata ia tidak pernah berurusan mahupun memeterai sebarang perjanjian dengan Limage Holdings SA, Limage Southwest Holdings, individu yang dikenali sebagai Mr Matrai atau mana-mana pihak seperti yang dinyatakan oleh Sarawak Report.

"Justeru, tiada sebarang pemindahan bon atau dana seumpamanya kepada mana-mana syarikat, pihak atau individu seperti yang dinyatakan di atas berlaku seperti yang didakwa," katanya.

Berdasarkan kenyataan dana pencen awam itu, satu 'Surat Ganti Rugi' palsu bertarikh 20 Ogos, 2015, yang dialamatkan kepada Gyorgy Matrai of Limage Holding S.A. mendakwa satu perjanjian antara KWSP dan Limage Holdings S.A. sudah dimaklumkan kepada KWSP pada 26 Oktober, 2015.

"Oleh sebab ini jelas menunjukkan dokumen yang dipalsukan, KWSP membuat laporan polis pada 28 Oktober, 2015," katanya.

Satu 'Surat Lantikan' bertajuk "Development and Construction of Integrated Medical City Project For EPF" daripada TripleNiceTales Sdn Bhd bertarikh 18 Mei, 2015, dimaklumkan kepada KWSP pada 24 Februari, 2016.

Memandangkan terdapat pihak ketiga yang menyalahgunakan nama KWSP dan kecurigaan membabitkan penipuan, KWSP berkata ia membuat laporan polis pada 26 Februari, 2016, menyatakan yang KWSP tidak tahu menahu mahupun terbabit dalam urus niaga seperti yang dirujuk dalam 'Surat Lantikan' itu.

"Pembabitan Ladylaw Securities Pte Ltd dan Nic Manikis dimaklumkan kepada KWSP pada 20 Januari 2017, dan laporan polis dibuat pada 23 Januari 2017, menyatakan KWSP tidak tahu menahu mahupun terbabit dalam mana-mana urus niaga pelaburan dengan Ladylaw Securities ataupun Nik Manikis," katanya.

KWSP menegaskan, sebarang skim seumpamanya tidak akan melepasi rangka kerja tadbir urusnya yang kukuh dan mantap.

"Sebelum mana-mana keputusan pelaburan dibuat, proses tadbir urus kami memerlukan semua cadangan yang tertakluk kepada penilaian risiko ketat dan kajian terperinci oleh pengurusan.

"Semua kelulusan perlu melalui Jawatankuasa Pelaburan pengurusan bagi mendapatkan sokongan sebelum dikemukakan kepada Panel Pelaburan bagi kelulusan akhir," kata KWSP.

Panel Pelaburan itu dianggotai profesional industri, pegawai kanan pengurusan KWSP, Bank Negara Malaysia dan kerajaan. 

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1440220

Author:

Facebook Comment