LALUAN LRT DIUMUM HUJUNG MAC- ABG JO

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan mengumumkan laluan bagi  Transit Aliran Ringan (LRT)  pada hujung bulan ini.

Perkara ini dinyatakan oleh beliau ketika berucap pada Majlis Perasmian 3 Dalam 1 Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini.

"Pembinaan LRT bukan 'hot air' (omong kosong) seperti yang didakwa Parti Tindakan Demokratik (DAP).

"Soal kos, kita ada cara untuk dapatkannya. Kita ada bank kita sendiri (DBOS) untuk membiayai LRT ini, " katanya.

Tambah Abang Johari, pembangunan LRT tidak boleh dibuat dengan tergesa-gesa.

Ia katanya, perlu dirancang dengan baik dari laluannya dan aspek yang lain.

"Sebagai permulaan kita akan menghubungkan kawasan Kuching dahulu ke Samarahan dan Serian.

"Selepas itu pemimpin yang akan datang boleh sambungkan LRT ini sehingga ke kawasan lain," katanya. - UB


Facebook Comment