Kerajaan tidak ganggu tugas SPR - Najib - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, March 28, 2018

Kerajaan tidak ganggu tugas SPR - Najib

NAJIB TUN RAZAK ketika tiba bagi membentangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya di Bangunan Parlimen di sini hari ini. Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan tidak mengganggu atau mempengaruhi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga sentiasa menghormati keputusan yang dibuat oleh SPR untuk kebaikan semua pihak  serta demi kepentingan rakyat dan negara.

“Dengan demikian, adalah diharapkan agar syor-syor tersebut dapat membantu wakil-wakil rakyat untuk menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan kepada semua pemilih dalam bahagian pilihan raya masing-masing.

“Ini memberi kelebihan kepada wakil-wakil rakyat untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan masing-masing, sekali gus menafikan persepsi dan dakwaan yang tidak benar lagi berasas bahawa syor-syor ini hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Usul-usul Mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan Dan Negeri Di Dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018. – UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment