Keputusan SPM 2017 meningkat - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, March 15, 2018

Keputusan SPM 2017 meningkat


PUTRAJAYA 15 Mac - Keputusan keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 meningkat apabila Gred Purata Nasional (GPN) bertambah 4.90 berbanding 5.05 pada 2016.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, pencapaian calon bandar meningkat 0.14 iaitu 4.75 pada 2017 berbanding 4.89 ketika 2016.

Menurut beliau lagi, pencapaian calon SPM 2017 luar bandar juga meningkat 0.14 iaitu daripada 5.36 pada 2016 kepada 5.22.

"SPM 2017 menyaksikan 85.2 peratus daripada 415,008 calon yang menduduki sekurang-kurangnya enam mata pelajaran teras untuk pertama kali layak dianugerahkan sijil iaitu lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

"Selain itu, 62.5 peratus daripada 994 calon berkeperluan khas (CBK) layak dianugerahkan sijil SPM," katanya dalam sidang akhbar pengumuman analisis SPM 2017 di sini hari ini.

Menurut Amin, secara keseluruhannnya 66 peratus calon SPM 2017 telah menguasai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan baik.

Beliau turut memaklumkan, sebanyak 54.9 peratus calon SPM 2017 berjaya memperoleh Sijil GCR O-Level dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

"Malah 56.2 peratus daripada 75,467 calon mengambil subjek Prinsip Perakaunan layak menerima sijil LCCI Level 2 Book Keeping and Account," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment