Janji manis Pakatan Harapan akan jadi 'madu beracun'

很香很甜,但信一成吃一口都会死。。。

Janji pembangkang menjadi 'madu beracun' apabila tidak dapat menyelesaikan pelbagai isu rakyat termasuk masalah terbesar di Selangor iaitu gangguan bekalan air, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Razak berkata, sebaliknya, BN memberi jaminan akan menyelesaikan pelbagai masalah termasuk yang menyelubungi Selangor bagi memastikan negeri itu terus menjadi nadi utama pembangunan negara.

PM Najib Razak berkata, kegagalan utama kerajaan pembangkang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk masalah air menyebabkan rakyat sengsara selain memberi kesan dalam pembangunan Selangor dan Wilayah Persekutuan.

"Jangan lihat hanya pada janji- janji pembangkang tuan-tuan. Ia boleh jadi madu beracun.

"Kita tengok kerajaan Selangor. Isu terbesar air sampai menyusahkan 2 juta rakyat yang hadapi kesukaran dengan masalah tekanan rendah dan kualiti yang buruk.

"Sedangkan BN sudah berjaya buat MRT (Transit Aliran Massa), teknologi terkini. Jika BN boleh buat ini, kenapa masalah air pula kita tidak boleh selesai.

"Perumahan pula, kawasan mana yang paling mahal. Bukan di Johor Bahru negeri BN namun di Selangor dan Pulau Pinang apabila lebih 76 peratus rumah di sana harganya lebih RM1 juta.

"Siapa dan negeri mana yang utamakan rumah mewah, pembangunan di lereng bukit dan projek terowong," kata PM Najib Razak.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran Himpunan Jentera Pemuda dan Puteri Barisan Nasional (BN) Peringkat Kebangsaan di di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Belia dan Sukan, Naib Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan.

Sementara itu, PM Najib Razak membidas pembangkang yang mahu menghadkan tempoh dua penggal untuk jawatan Perdana Menteri sedangkan sebelum ini, ada orang yang memegang jawatan itu selama lima penggal setengah iaitu 22 tahun.

"Ini bukan Pakatan Harapan tapi pakatan hipokrit. Sekarang ada orang yang berusia 93 tahun baru cakap nak hadkan kuasa Perdana Menteri kepada dua penggal sedangkan masa berkuasa dulu dia lima penggal setengah.

"Sebab apa dulu tak buat macam ini. Tidak ada negara demokrasi di dunia yang pilih orang 93 tahun jadi pemimpin, jadi kita jangan bagi peluang kepadanya, jangan Malaysia jadi negara pertama," katanya.


-------
很香很甜,但信一成吃一口都会死。。。
"Jangan lihat hanya pada janji- janji pembangkang tuan-tuan. Ia boleh jadi madu beracun.
Ini bukan Pakatan Harapan tapi pakatan hipokrit."
-------
首相拿督斯里纳吉形容,反对党的承诺犹如含毒蜜糖(madu beracun),无法向人民兑现承诺,包括解决雪兰莪州水供危机。

他说,反之,国阵政府承诺解决所有人民问题不是假诺言,但已通过落实各种发展及照顾人民计划中得到印证。

“各位,不要只看到承诺(反对党)。因为承诺可以演变成有毒蜜糖。我们看雪州政府的承诺,今天雪州最大的课题是什么?现在雪州200万人民在面对困苦,断水、低水压及水素质恶劣。”

“国阵政府已实施许多设备包括捷运、提供廉价房屋及可负担房屋,而雪州及槟城政府却提供较昂贵房屋。”

首相纳吉今日在国阵青年团及女青年竞选机关集会发表演词时,这么说。

自周二,雪州427个地区面对水供问题,包括莎阿南、巴生、八打灵、鹅麦、乌鲁雪兰莪及瓜拉冷岳。

针对房屋问题,首相纳吉指出,国阵政府比雪州及槟州政府提供更多便宜及可负担房屋,反观两州属有76%房屋售价超过100万令吉。

“我们建人民房屋计划,成本是12万令吉,但我们卖3万5000令吉。这是谁的功劳?国阵功劳。谁在建豪宅,更重视建隧道、山坡开发?”

他说,国阵政府已成功兑现97.6%上届大选宣言承诺。

此外,首相纳吉形容希望联盟是“伪君子联盟”,当中数名前国阵领袖在巫统时代曾视现在盟友为沙文主义党、反马来人及反伊斯兰教,如今却能结盟。
-------

#首相纳吉 #希盟
#PmNajib
#NajibRazak
#PakatanPalsu
#PakatanHarapan
#Mahathir

Author:

Facebook Comment