Hasrat Sha Wu mahu peluk Najib tercapai..


Hasrat seorang kanak-kanak comel di Sabah mahu berjumpa dan memeluk Perdana Menteri akhirnya tercapai.

Sha Wu yang berusia enam tahun sering melihat Datuk Seri Najib Razak di televisyen menyatakan hasratnya mahu memeluk Najib itu dirakamkan oleh keluarganya.

“Saya mahu peluk dia (Najib), belai rambut dia, saya mahu jumpa dia, mummy please,” katanya dalam rakaman itu.

Hari ini sempena lawatan Najib ke Sabah, hasrat Sha Wu tercapai walaupun sebelum itu ibunya menyatakan kepadanya sukar untuk bertemu pemimpin nombor satu negara itu

Facebook Comment