Hari yang indah di Old Trafford - Ben Yedder - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, March 14, 2018

Hari yang indah di Old Trafford - Ben Yedder

MANCHESTER 14 Mac. - Penyerang Sevilla, Wissam Ben Yedder diangkat sebagai wira selepas membantu pasukannya mengejutkan Manchester United 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford, awal pagi tadi.

Ben Yedder menyifatkan dua jaringannya dalam perlawanan itu, sebagai hari yang indah untuknya walaupun dia masuk sebagai pemain gantian sekali gus membantu pasukannya buat pertama kali mara ke suku akhir saingan berprestij kelab terbaik Eropah.

“Saya gembira, sangat gembira. Ini malam yang indah. Kami tahu ia bukan mudah menentang Manchester United terutama di Old Trafford.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan emosi saya. Ia adalah impian sejak kecil untuk menang dengan pemain ternama, pasukan besar seperti Manchester United.

“Kami mengecap kejayaan ini. Kami mencipta sejarah kelab, ini kali pertama kami mara ke suku akhir Liga Juara-Juara,” kata pemain Perancis itu.

Ben Yedder diperkenalkan pada minit ke-72 dan penyerang itu dengan pantas memberi impak dengan menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit selepas baru dua minit bermain.

Dalam perkembangan lain, Ben Yedder, 27, menafikan dakwaan bahawa dia mempunyai perselisihan faham dengan jurulatihnya, Vincenzo Montella.

“Ini rumit, tetapi ia adalah sebahagian daripada kehidupan bermain, menjadi pemain gantian, menunggu masa bermain. Kadang-kadang kesabaran terbayar. Itulah yang saya fikirkan.

“Semua orang kata ada masalah di antara saya dan jurulatih, sebenarnya tiada masalah. Dia membuat saya kembali, dia mempercayai saya dan saya membalasnya seperti yang saya mampu lakukan,” ujarnya. - AGENSI

No comments:

Post a Comment