Hadi Awang Selar DAP, PAN Dan PKR Sarawak Berhubung Isu Murtad - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, March 6, 2018

Hadi Awang Selar DAP, PAN Dan PKR Sarawak Berhubung Isu Murtad


Abdul Hadi menyelar tindakan Pakatan Harapan yang diketuai DAP di Sarawak yang mahu undang-undang yang jelas untuk orang Islam keluar daripada agama itu yang disifatkan sebagai golongan munafik kerana membiarkan perbuatan murtad. Tegasnya, menjadi kewajipan orang Islam untuk mempertahankan kedudukan agama itu dalam diri sendiri, negara dan Perlembagaan.

"Kita sudah nyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam itu agama Persekutuan dan bidang kuasa agama adalah di bawah kerajaan negeri. Jadi, benda yang terkait dengan orang Islam harus diselesaikan oleh orang Islam. Wajib untuk semua orang Islam memperkasa dan memuliakan Mahkamah Syariah," katanya dalam kenyataannya kepada Utusan.

Jumaat lalu, DAP, PAN dan PKR Sarawak mendesak kerajaan negeri membangunkan garis panduan dan syarat yang lebih jelas bagi sesiapa yang mahu meninggalkan Islam (murtad). 

No comments:

Post a Comment