Gempar, Sekumpulan Ahli Parti Politik Berhimpun Dan Merusuh Di Bintulu - Randau Sarawak

Breaking

Monday, March 5, 2018

Gempar, Sekumpulan Ahli Parti Politik Berhimpun Dan Merusuh Di Bintulu

Kawasan berdekatan Pasar Utama Bintulu dan Dataran Esplanade Bintulu pagi tadi gempar apabila sekumpulan ahli parti politik berhimpunan dan merusuh sehingga memaksa pihak Polis melakukan beberapa tangkap an. Kehadiran sekumpulan penyokong parti politik bersama poster dan sepanduk berarak di atas jalan raya dengan melakukan provokasi terhadap pemandu jalan raya berkenaan, kira – kira pukul 10:30 pagi tadi.

Bagi mengawal keadaan sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis ( IPD ) Daerah Bintulu melakukan kawalan dan cuba menyuraikan perhimpunan tersebut.

Situasi yang berlaku lebih setengah jam itu, bagaimanapun berjaya dikawal dan beberapa tangkapan dilakukan.

Itu antara senario simulasi pasca Pilihanraya Umum ke – 14 yang dijalankan oleh IPD Bintulu.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu, Supritendan Zulkipli Suhaili ia sebagai langkah siap siaga Polis Bintulu bagi menghadapi PRU – 14.

Bercakap kepada media selepas siri latihan senario ketiga , iaitu Pasca Pilihanraya di Dataran Esplanade Bintulu Supritendan Zulkipli menjelaskan pihak mereka telah menjalankan simulasi sejak semalam ( sabtu 03 ).

Ini ujarnya merupakan siri latihan terakhir dengan dua senario dilakukan semalam yang melibatkan senario mengundi dan senario pengumuman keputusan PRU di Dewan Suarah Bintulu.

Simulasi semalam yang turut mendapat kerjasama pihak Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) menyaksikan situasi provokasi dilakukan oleh parti politik bertanding yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan oleh pihak SPR.

Menurut Supritendan Zulkifli Suhaili lagi, dibawah IPD Bintulu hanya terdapat sebuah kawasan Parlimen iaitu P217 Bintulu.

Untuk tujuan tersebut, seramai lebih 200 – anggota IPD Bintulu akan ditugaskan iaitu melibatkan 75 % anggota Polis Bintulu.

RTM Sarawak

No comments:

Post a Comment