Dewan Rakyat: Kit Siang digantung 6 bulan


AHLI Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang digantung selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Lim tetap berdegil meneruskan ucapannya walaupun Bentara sudah diarahkan mengiringi beliau keluar dewan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan arahan itu berikutan kedegilan wakil rakyat pembangkang itu yang enggan mematuhi arahan selain terus mengganggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Pandikar Amin menggunakan kuasa mengikut Peraturan Mesyuarat 44 (3) selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengemukakan usul penggantungan terbabit.


Facebook Comment